Wednesday 7 December 2011

Kasih Sarah


Kasih Sarah
 “Terima kasih cikgu”, ucapku kepada guru besar dan guru-guruku sambil mencium tangan guru-guruku ketika mengambil keputusan UPSR aku dan aku sendiri pun menangis setelah enam tahun aku belajar dan berjaya mencapai matlamtku iaitu 5A.  Sudah empat tahun aku sudah tidak merasa kasih sayang, kadang-kadang ada la juga tapi tidak sebahgia dulu.  Tapi sekarang  hanya pertengkaraan ibu dan ayahku saja yang bergema di telingaku.  Aku nak belajar pun susah kalau hari-hari bergaduh tak ingat dunia, tak ingat anak nak belajar.
Sekali lagi ibu bapaku bergaduh. “Gaduh tak ingat dunia, tak ingat anak nak belajar”, desis hatiku ketika belajar di bilik belajar dan terlelap di meja belajar.  “Habislah aku kali ini dah tertinggal bas, kerja sekolah belum siap tak sempat nak sarapan, duit aku pun tak sempat nak ambil ”,  rungut hatiku ketika berjalan sambil menyeluk saku ke sekolah menengahku sejauh 4 kilometer.
“Cikgu , cikgu jangan tutup dulu”,  jeritku sebelum cikgu mahu menutup pagar sekolah.
“Hah , kenapa awak lambat, apa alasan kali ini yang awak nak bagi, awak punyai pertasi pun makin menurun saya tengok ujian kali ini apa masalah awak Sarah”, soal guru disilpin kepadaku.
“Cikgu saya...”,  belum aku sempat berkata cikgu dah suruh aku diam dan masuk cepat ke kelas dan aku pun berlari ke kelas sebelum pelajaran bermula .
Hari ini aku bernasib baik kerana cikgu belum masuk ke kelas lagi , dan aku terus menuju ke tempat dudukku sambil menunggu guruku masuk ke kelas, aku mengambil buku dan menghabiskan kerja yang ditangguh semalam dan tiba-tiba... “Sarah kau belum siap kerja semalam cikgu nak hari ini tau”, peringatan Humairah kepada Sarah.
“Aku tahulah mangkuk tak payah cakap pun aku tahu”, jawab Sarah dengan kasar kepada Humairah dan mengeluarkan perkataan yang kesat.
Humairah terus pergi dengan perasaan berbaur marah, kecewa, tersinggung dengan kata-kata Sarah, dia datang dengan niat yang baik iaitu meningati kawan kelasnya.
Sekali lagi namanya dicatat di kad merah kerana tidak membawa buku latihan. “Sarah , saya tanya awak ya, awak bawa buku atau tidak siap kerja atau awak dah tidak suka dengan subjek saya lagi, rehat nanti jumpa saya di pondok bacaan, hanya awak seorang .
Seperti yang dikatakan oleh Cikgu Laila, aku datang ke pondok untuk menepati janji aku sambil menunggu cikgu aku membaca buku yang berasaskan sains aku memang suka pada dunia sains dan Doktor Syed Muzzafar lah idola aku.  Sedang tekun membaca buku tiba-tiba ada seseorang manusia bertanya kepadaku “Selamat sejahtera, boleh saya tanya dimana pejabat sekolah saya murid baru disini”, kata budak lelaki itu kepada aku .
Dan aku menjawab “Tapi saya....”, tiba-tiba Cikgu Laila berkata “Tak apa, Sarah pergi tunjukkan dia , tapi esok jumpa saya disini” selepas cikgu berkata aku terus menangguk .
“Ok lah jom ikut saya”, aku berkata kepada budak itu.  Sambil berjalan budak itu memperkenalkan dirinya dengan nama Ikram dan aku pun menjawab nama aku Sarah.
“Ok, awak kita dah sampai , dan saya nak masuk ke kelas. Ikram selamat berkenalan ya”, aku berkata kepadanya dan menuju ke kelas dengan pantas. 
Keesokkan harinya, Sarah ke pondok itu lagi tapi cikgu Laila lebih cepat daripadanya dah berada di pondok itu.  “Assalammulaikum cikgu, cikgu saya lambat ke?”, Sarah berkata kepada Cikgu Laila .  Dan cikgu Laila berkata “Taklah , saja cikgu datang awal .  Duduklah”.
“Sebenarnya, cikgu nak tanya awak, awak ada masalah ke?Dekat rumah ke atau dengan kawan.  Awak tau tak awak tu pelajar cemerlang dekat sekolah tapi sejak akhir ni saya tengok awak lain, pelajaran awak merosot kad disilpin macam budak kelas hujung, awak cakaplah dengan cikgu dan cikgu tak cakap dengan siapa-siapa atau awak nak cikgu telefon ibu bapa awak?”, Cikgu Laila berkata kepadaku.
“Cikgu bukan saya tak nak beritahu dengan cikgu tapi ini hal peribadi saya dan cikgu tak usah masuk campur.  Maafkan saya, saya tahu cikgu nak tolong saya tapi ini hal peribadi”,  kataku kepada Cikgu Laila .
“Sarah kalau awak perlukan saya panggil cikgu atau cari cikgu”, pesan Cikgu Laila sambil memberikan kad yang tercatat nombor telefon Cikgu Laila. 
“Sarah, Sarah tunggu”, jerit Ikram sambil berlari ke arah aku.  Dan aku memberhentikan langkah ke kantin.
Ikram yang termengah-mengah pun menarik nafas lega dan berkata “Awak boleh saya berkenalan  dengan awak , saya Muhammad Nur Ikram Bin Muhammad Nur Firdaus nama singkataan Ikram , tingkatan lima Bestari , tarikh lahir 30 Mac , anak tunggal , ibu suri rumah dan ayah doktor di Hospital Pakar , hobi main PSP dan main bola , cita-cita nak jadi saintis.  Sekarang kenalkan latar belakang awak.
“Cepatnya awak cakap nasib baik saya boleh dengar dengan baik ok tapi panjang nama awak”, kataku memberi komen.
“Saya Sarah Diara Binti Zaquan nama pangilan Sarah, tingkatan empat Cemerlang, tarikh lahir 3 Mac, anak tunggal,  ibu model
 dan ayah jurutera.  Hobi saya melayari internet dan baca buku  sains.  Cita-cita nak jadi pensyarah di USM sebagai pensyarah biologi dan sains.  ”,Sarah memperkenalkan dirinya.
Sejak hari itu mereka menjadi semakin akrab. Sarah balik  ke rumah dengan hati yang girang dan tiba-tiba mendengar percakapan ibu bapanya.
“Awak saya dah tak tahan dengan awak apa kata kita cerai saje kan senang”,kata mamaku.
Sejak hari itu Sarah mula ponteng kelas, melayari Interent, pergi ke kelab snooker, balik lewat malam dan jikalau ibuku bertanya aku menjawab pergi ke rumah kawan nak belajar bersama dan ibuku pun bukan tahu apa yang aku buat dekat keluar kerana orang tuaku sibuk dengan kerja masing-masing pergi awal balik sampai larut malam.  Tetapi di hati banyak terbuku rasa marah dan sakit hati. m ternampak aku di pusat membeli-belah.
“Hai, Sarah apa awak buat apa di sini, seorang ke?  Jom jalan-jalan dengan saya”,kata-kata yang diucapkan oleh Ikram.
Sarah terus menyelinap keluar rumah untuk mengosongkan fikiran yang serabut dan menuju ke pusat membeli- belah dan berjalan tanpa arah tuju.  Aku rasa mama dan papa dah tak sayang akan aku, mereka tidak fikir ke mereka ada anak yang memerlukkan kasih sayang dan bimbingan . Pada satu hari Ikra
Aku jalan membisu sebelah Ikram dan tiba-tiab Ikram mengeluarkan suara.  “Sarah awak ada masalah ke ceritalah dekat saya mungkin saya boleh bantu , saya dah anggap awak sebagai adik sendiri maklumlah saya tak ada adik-beradik lain .  Sejak akhir ini pun , jarang saya nampak awak di di sekolah awak sibuk sangat ke .  Tak apalah saya tak mendesak tapi jom kita pergi ke restoran itu , saya laparlah”,  Ikram berkata kepadaku tapi aku tetap membisu dan berlalu ke restoran yang jaga diperkatakan oleh Ikram . Tiba di restoran itu aku memesan air soya cincau . Sambil menunggu pesanan sampai aku mengeluarkan kata-kata .
“Ikram patut ke kita marah dekat orang tua kerana meraka tidak sehaluan maknanya bercerai dan si ibu ini minta cerai tiri , boleh awak berikan pendapat awak?”, aku menanyakan pandangan kepad Ikram .  Ikram pun memberi tahu pendapatnya “Saya rasa tidak patut kerana , jika ibu bapa mereka tidak sehaluan , kerana mereka pun ada sebab tertentu , sebab seorang ibu bapa tidak mengambil keputusan meluru .  Kejap awak tanya saya ni sebab awak ke ? Tanya je jangan marah .”
Sejak hari itu aku mula ponteng kelas , melayari Interent ,pergi ke kelab snoker , balik lewat malam dan jikalau ibuku bertanya aku menjawab pergi ke rumah kawan nak belajar bersama dan ibuku pun bukan tahu apa yang aku buat dekat keluar kerana orang tuaku sibuk dengan kerja masing-masing pergi awal balik sampai larut malam . Tetapi di hati aku banyak terbuku di dalam rasa.
Sebelum aku pulang Ikram ada menasihati aku ketika itu aku mendengar dengan tekun dan banyak pelajaran yang aku dapat dan dia menceritakan satu rahsia  “Sarah saya rasa awak tak perlu menyeksakan diri awak kerana masalah keluarga , mereka orang tua , kesian mereka , tumpukan perhatian awak terhadap pelajaran , tahun depan awak macam saya SPM , peperiksaan yang penting , saya tahu awak dalam UPSR awak dapat 5A dan PMR pula awak dapat 8A , saya tahu otak awak pandai tapi kalau awak tak belajar dan buat benda yang boleh musnahkan masa depan awak saya halang , awak jangan marah ,saya kan kawan baik awak takkan kawan baik tak boleh nasihat kan kawan baiknya awak nak tahu satu rahsia tak?”,  aku menangguk.
“Sebenarnya , saya pindah sebab untuk memulakan hidup yang baru di kota yang besar ini , dulu saya mempunyai seorang adik tiri yang bernama Farah nama dia dekat nak sama dengan awak , tapi ketika itu saya tingkatan tiga .  Awak bayangkan saya nak menduduki PMR tahun itulah adik tiri saya meninggal dunia kerana terlanggar van ketika kami sekeluarga sedang beriadah di taman , saya tidak dapat terima kematian dia .  Lepas itu saya menjadi murung , sedih dan saya ingat yang Allah tu zalim dekat saya semasa saya tingkatan satu saya kena hadapi masalah iaitu ayah kahwain lagi satu lepas saya benci sangat dengan adik tiri saya Lepas lama-lama saya rasa dia baik dan saya rasa bertuah kerana mempunyai adik dan dua ibu yang baik semuanya  kerana itualah saya pindah ke sini , awak tahu saya bernasib baik kerana PMR saya tidak gagal .
Ketika aku mahu pulang Ikram ada menawarkan untuk menghantarkan aku yang dipandu oleh pemandunya tapi aku mengelak dan kata aku mahu mencari udara segar .  Aku berjalan dengan fikiran melayang iaitu meningati kata-kata Ikram . Tanpa sedar ketika aku mahu melintas jalan aku dilangar dengan sebuah kereta dan tiba-tiba penglihatan aku kabur .
“Ah . . . .  aduh
Ketika aku di hospital baru aku kat mana ni?”, Mama , Papa .”kata aku ketika di hospital akibat kemalangan .  Aku sedar mama dan papa aku prihatin akan aku , mereka mencengkang mata untuk menjaga aku ketika aku berada di hospital .  Hari tu aku sedar bahawa mana ada ibu bapa tidak sayang anak. 
Seminggu aku berada di hospital , hari ini hari paling bahgia buat aku kerana aku boleh balik ke rumah dan tidak makan makanan yang tidak sedap di hospital.  Ketika aku di hospital Ikram lah yang ada melawat aku selain Cikgu Laila.  Pada keesokkan harinya aku menyuruh pembantu rumahku untuk membeli kad atau kertas warna kerana aku tidak boleh berjalan akibat  kemalangan itu.  Aku membeli kad itu untuk membuat kad meminta maaf kepada ibu bapa ku atas kesalahan apa yang aku pernah .    Aku juga akan memberi kad itu kepada Cikgu Laila dan Ikram kerana banyak memberikan nasihat sebelum ini .
Sekarang aku gembira kerana mama dan papa tak jadi bercerai dan sekarang aku dengan Ikram semakin akrab .  Aku rasa hidup aku bahagia . Aku bersyukur dengan Allah kerana memberikan aku peluang untuk ke pangkal jalan .  Saya sayang mama dan papa.  
~Tamat~